Ucapan Awal Muharram

July 31, 2009

-Selamat datang bulan Muharram-

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Muharram kepada ahli PERAQ khususnya dan kepada kaum Muslimin amnya. Semoga pada tahun yang baru ini kita dapat mempertingkatkan lagi amalan-amalan kita dan manambah lagi kebajikan kita sebagai bekalan untuk menempuh alam akhirat kelak dan diharapkan juga kita dapat menempuh pelbagai ranjau dan ujian yang tidak lain datangnya dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan sejauh mana ketaatan kita kepadaNya dengan cekal dan tabah. Semoga semua kesabaran di dalam menharungi ujian Allah akan dibalas dengan balasan yang tidak tergambar oleh makhluk. Justeru di sini saya ingin menyeru kepada umat Islam agar dapat mengambil iktibar dan mengambil pengajaran disebalik falsafah penghijrahan junjungan besar nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah. Baginda dan para sahabat tidak pernah mengenal putus asa di dalam berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam di atas muka bumi ini, selain itu peristiwa hijrah Rasulullah ini juga mengajar kita supaya sentiasa yakin kepada Allah dan bersangka baik padanya dan yakin bahawa Allah pasti akan memberi kemenangan kepada umat Islam selagi mana Allah menjadi tempat sandaran dan tempat meminta pertolongan.

Justeru kita hendaklah sentiasa memohon kepada Allah agar Islam diberi kemenangan dan terus berada di atas sebagai penyuluh hidup manusia. Umat Islam perlu bersatu untuk menumpaskan musuh-musuh Allah dan musuh Islam yang mana jika kita lihat pada hari ini Islam dan umatnya telah dihina dan direndahkan oleh puak kafir yahudi khsusnya. Lihat sahaja apa yang telah terjadi di Palestin, mereka cuba merebut dan merampas tempat suci orang Islam malah mereka sanggup membunuh dan mengusir rakyat Palestin dari tanah sendiri. Kita tidak seharusnya mempercayai dengan janji-janji manis oleh yahudi zionis ini kerana Allah sendiri telah menyifatkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 83 bahawa majoriti orang yahudi merupakan orang yang suka memungkiri janji kerana pada suatu ketika mereka pernah bersumpah di atas nama Allah bahawa mereka tidak akan membunuh, mengusir sebahagian yang lain, taat kepada ibu bapa dan lain-lain janji tetapi mereka ingkar dan telah melanggar janji dan sumpah dan tidak memenuhi janji-janji yang telah diikrarkan.

Malah puak yahudi ini juga merupakan orang yang suka menyorokkan kebenaran buktinya al-Quran menceritakan di dalam surah al-Baqarah ayat 85 bahawa yahudi adalah orang yang mengambil hukum dari Taurat dengan apa yang sesuai dan yang berkenan pada mereka sahaja sedangkan selabihnya mereka menafikan dan tidak mengguna pakai hukum-hukum tersebut atau mereka akan menyembunyikan hukum tersebut sehingga tidak diketahui umum. Malah tidak keterlaluan sekiranya menyifatkan yahudi zionis sebagai kacang lupakan kulit malah lebih teruk atau seperti melepaskan anjing tersepit. Mereka menolak kerasulan nabi Muhammad bermakna mereka menolak kebijaksanaan Allah kerana Allah maha mengetahui dan Allah yang telah mengangkat nabi Muhammad sebagai rasul. Nampaknya mereka lupa bahawa pada suatu ketika dahulu mereka merupakan orang yang lekeh dan terhina di bumi Mesir ketika di bawah pemerintahan Firaun, mereka dijadikan sebagai hamba abdi, dikerah untuk membina bangunan-bangunan dan disiksa tetapi Bani Israil telah diselamatkan dan diberi keistimewaan oleh Allah dengan diutusnya nabi Musa dan dibantu oleh nabi Harun malah Allah telah memberi pengiktirafan iaitu Allah melebihkan Bani Israil dari bangsa-bangsa lain ketika zaman nabi Musa sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 47.

Begitulah keangkuhan yahudi sehingga lupa bahawa mereka adalah dari keturunan lekeh yang telah diselamatkan oleh Allah tetapi sekarang mereka menentang Allah dengan menolak kerasulan nabi Muhammad dan memusuhi umatnya malah menganggap bangsa mereka adalah bangsa yang terpilih dan hanya bangsa mereka yang dipandang oleh Allah oleh kerana itulah kita mesti menentang kekejaman yang dilakukan oleh yahudi zionis. Sama-samalah kita membantah dan menentang sedaya yang mungkin di atas kejahatan-kejehatan yang dilakuakan oleh bangsa Yahudi zionis khususnya. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam dan mengirim ketabahan dan kekuatan kepada saudara kita di Palastin khasnya dan juga kepada seluruh umat Islam agar bersama-sama memperjuangkan kedaulatan Islam dan menegakkan serta mengembalikan semula kegemilangan Islam di atas muka bumi Allah ini.

0 comments:

Post a Comment