Ucapan Pengerusi Peraq

July 31, 2009

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Segala puji yang hanya layak kepadanya sahaja yang menjadikan langit, bumi dan isinya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah, ahli keluarga, para sahabatnya dan orang yang mengikutinya hingg ke akhir zaman.
Saya mulakan dengan sepotong ayat dari surah al-Hujrat:10 yang berbunyi
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (al-Hujrat:10)
Sama-samalah kita rafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mengurniakan kita kesihatan jasad dan jiwa, serta keselamatan iman dan ketekalan iltizam di dalam perjuangan. Pada masa yang sama, kita mendoakan agar mereka (dan kita) yang sedang diuji oleh Allah s.w.t., diberi kesabaran yang berpanjangan.
Alhamdulillah kerana dengan izinya blog ini telah dibina sebagai alat penghubung yang mudah dah sebagai tempat bertukar-tukar maklumat antara sesama alumni khasnya. Semoga dengan adanya blog ini, hubungan sesama alumni dapat dieratkan lagi dan maklumat-maklumat semasa dapat disebarkan dengan cepat dan tepat. Selain itu juga diharapkan dapatlah sekiranya memberi kerjasama di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dengan harapan dapat membina semula keakraban sesama alumni. Dengan itu saya menutup ucapan ini dengan sebuah hadith sahih riwayat Muslim, Nabi bersabda “orang muslim merupakan saudara bagi muslim yang lain”.

‘ilmu terjana ukhwah terbina’

Mohd Zakaria Mahadi

0 comments:

Post a Comment